Ini suami saya, Muhammad Hafiz.
Saya mula kenal dia tiga tahun yang lalu. Kita duduk di halaqah yang sama. Mulanya, saya tak pernah tau dia exist sebab saya tak berapa minat nak "mencari si bakal imam" dalam class. Class kecik, nak tengok depan pun malu, haha. Tapi saya selalu doa, tanpa ada perasaan special terhadap anyone in specific, saya nak jodoh saya pun duduk di dalam halaqah yang sama. Kalau jodoh saya tu masih dekat luar tak tau buat apa, saya mintak Allah masukkan dia dalam class tu juga.
Ceritanya, there was a bookmark competition for a muslimah week + bulan maulid. Senang cakap, I was the winner for both competitions. Heh. Dulu saya ingat saya menang sebab bookmark saya tu cantik sangat lah kan, rupanya tidak. Saya menang sebab Allah cuma nak kenalkan saya dengan Muhammad Hafiz - orang yang diamanahkan untuk berurusan dengan pemenang untuk dikasi hadiah. Sejak tu, baru saya realize yang dia memang ada di dalam setiap class dan majlis yang sama. Haaa.
There was a youth event yang Hafiz ajak saya join dan mintak saya share abit of ideas + kasi input for his area. Dari situ, kita mula berkawan. Tapi cara kita berkawan ni memang tak pernah cakap to each other langsung in person. Tak ada hek, tak ada hok. Bila terserempak, buat buat tak kenal and tengok lain. Malu.
Sebagai kawan, Hafiz banyak kasi saya semangat untuk saya mulakan business sendiri. Dari situ, angan angan jadi kenyataan. Setahun selepas tu, Hafiz pun bukak business - dengan niat yang special. Haha. Kita mula buat collaborations untuk bantu each other.
Waktu kerja sama sama, kita lebih kenal satu sama lain. Saya tersuka dia sebab dia kelakar sangat. Hafiz pun ada banyak kelebihan yang saya banggakan, tapi kelebihan lain yang ada pada diri dia tu, biarlah saya simpan untuk diri saya sendiri.
Dalam waktu perkenalan, hati saya semakin yakin dengan Hafiz. Yakinnya saya itu, menenangkan. Waktu umrah, saya naik Jabal Rahmah mintak Allah, "Ya Allah sekiranya Hafiz untuk aku, selamatkan kami dengan nikah secepatnya, sama ada di bulan December atau January - Kau pilihlah ya Allah. Tapi andai Hafiz bukan untuk aku, jauhkan dia dengan cara yang perlahan sehingga perginya dia itu tak menyakitkan, dan gantikanlah dia dengan yang lebih baik."
4 bulan selepas saya umrah dan 1 bulan selepas Hafiz graduate dari sekolah, dia datang rumah bawak Mak, Abah dan Kakak dia, nak minta izin untuk 'memetik bunga di taman'. Ye, sayalah bunga tu. Kami bertunang pada hari tu secara Top Secret, tanpa ada satu orang pun yang mengambil gambar saya. Gambar cincin disarungkan ke jari saya pun tak ada. Tak ada baju special, tak ada tudung special. Kawan kawan pun tak tau. Haha. Tapi, alhamdulillah kenangan tu special sangat dan inshaAllah tak luput dari ingatan.
2 minggu selepas bertunang, Allah rezkikan Hafiz dengan rezki yang tak ada siapa sangka. Memandangkan kita beruntung sebab kita ada Tuhan yang Maha Kaya, Allah coverkan duit hantaran sepenuhnya dalam masa 2 minggu. Dan selama kita bertunang, Allah mudahkan semua urusan kita. Allahhh.
6 bulan kemudian, kami dinikahkan pada hari yang Allah pilih - 9 January 2016, dan inilah gambarnya. Hehe.
Untuk sesiapa yang takut, percayalah. Allah akan rezkikan. Allah akan cukupkan. Janji Allah itu pasti. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Doakan kami ya. 💕