Walaupun kita tak ada cita-cita atau angan-angan untuk pimpin tangan bawak bunga jalan atas runway sambil berlambai lambai, kita tetap harap business kecil kita berkah, disukai dan disayangi orang ramai. Kita harap sangat yang kita ada followers dan customers yang baik baik, yang mudah mudah, yang dapat bantu kita dunia akhirat.
Booth pertama saya in 2013, cuma setakat jual bookmark. My mother made my first ever garland dengan kain kain floral yang ada. Meja saya tu memang kosong. Tapi masa tu, alhamdulillah apa yang saya dapat from that booth, lebih banyak dari gaji saya kerja sebulan (I was a Kindergarten Teacher). Hahaha.
Couple-run companies ni memang banyak. Eventbrite, Fiji Water, semuanya husband-and-wife team juga. Pasti ada sebab Allah jodohkan kita dengan pasangan kita.
Our first collection, the Yoke Kaftan, was drafted and designed before our marriage. As a newbie, memang kita tak pandai langsung. Kita tak terfikir pun nak ada look atau a certain concept to follow as a guide. Yang kita tau, kita dah excited nak buat baju.