Kisah Si Tukang Lipat Selendang - Episod 4 : 30 Selendang Sebulan

Tahun pertama jual selendang, tak semudah yang disangka. Saya mula dengan membeli 30 helai selendang dari butik dengan harga diskaun & jual balik kat facebook.

Masa tu followers saya seciput sahaja & sampai hari ni pun masih baru 4 ribu followers sahaja on Instagram, tapi alhamdulillah. Pelan pelan la kayuh. Jauh lagi perjalanan. Kalau nak compare dengan brand lain yang ada 10 ribu followers, stress rasanya. Kita syukur dengan yang sikit, inshaAllah yang sikit ni la yang berkat (nak sedapkan hati) hahaha.

30 helai selendang waktu tu makan sebulan baru habis. Maklumlah yang beli kawan kawan emak saya, jiran, sepupu & juga 5-6 followers kat facebook. 

Lama kelamaan mula la saya beranikan diri tambah kuantiti dengan membeli kodi. Satu kodi tu ada 20 helai. Jadi beli beberapa kodi & campur-campur warna. Takut nak beli banyak sebab takut tak habis.

Kawan kawan ramai yang ketawa & tak percaya saya jual selendang. Tapi takpe la. Yang penting kita buat kerja halal. Agaknya kalau saya kerja jadi kepala gangster mungkin diorang akan bangga dengan saya. Hahaha.

Dari 30 helai tu, pelan pelan sekarang dapat tambah kuantiti hingga 10 kali ganda tiap bulan. Rezeki Tuhan tu luas. Biar orang kata apa, biar orang tak yakin dengan kita. Kalau minat nak buat sesuatu, buat sahaja. Kita mula kecil kecil, inshaAllah lama lama berkembang juga.

Saya percaya dengan : dreams are the seedlings of realities.

Doakan kita ya. Semoga saya dan Raisa Idham dapat menjadi orang-orang yang bermanfaat.


Older Post Newer Post