Memandangkan waktu baru-baru mula buat bines ni saya masih dalam Poly, terpaksa belajar bagi masa untuk sekolah & bisnes.
Kadang time tengah class la saya akan reply message-message akak semua. Bila balik sekolah, saya akan pack semua order & pos sebelum pergi sekolah esoknya. Memang tak dapat dinafikan yang kadang ini lah antara sebab saya lambat masuk kelas selalu haha.
Bila kawan kawan semua kene pergi Internship, saya duduk rumah & luangkan masa dengan selendang-selendang saya. Maklumlah saya tak diwajibkan pergi Internship sebab dah habis NS.
Perlahan-lahan Allah bukakan jalan untuk perbaiki kualiti tudung & pintu-pintu kemudahan untuk bisnes ni. Ternyata di sini la lubuk rezeki saya.
Memang waktu tu, bisnes ni la jiwa & raga saya. Dan bila saya realize yang saya nak buat benda ni untuk masa yang panjang, berputik pula niat untuk kahwin lepas sekolah. Maka bermulalah ulat bulu naik daun...
p.s gambar lama ni sekadar hiasan, berat badan & keadaan telah berubah