Kisah Si Tukang Lipat Selendang - Episod 6 : Duit Hantaran Dari Jual Selendang

Waktu 3rd year kat Singapore Poly, saya bilang Abah yang saya nak kahwin. Abah ketawa sinis. “Kau nak kahwin macam mana? Kerja pun tak ada.” Remuk hati, rasa macam nak nangis.

Saya bilang Abah berapa saya dapat tiap bulan, dari jual tudung-tudung ni. Abah pun diam. “Nanti la tengok macam mana,” kata Abah.

Tak ada orang yang konfiden bila saya kata saya nak kahwin. Sebab saya masih sekolah & waktu tu jual tudung pun online, nak kahwin macam mana kan? Ada yang sangka saya goyang kaki, tak usaha & banyak berangan sahaja.

Emak pula, convinced gila yang saya nak kahwin. Sebab Emak lah orang yang tiap hari nampak saya tungkus lumus pack tudung & orders yang semakin hari semakin bertimbun, alhamdulillah.

“Takpe, lepas habis sekolah ni, tunang dulu. Jadi mak bapak Raisa tau yang kau serious nak dengan anak dia,” sejuk hati dengar bila Emak cakap gitu.

“Ya Allah, aku nak kahwin, tapi duit tak cukup lagi. Cukup la Engkau ya Allah untuk cukupkan segala keperluan aku.” Tiap hari saya minta. Saya tahu Allah akan cukupkan, sebab mustahil kita nak kahwin, Allah tak bantu. Kan benda baik. Cuma tulah, kadang kita kurang konfiden dengan Tuhan sendiri..

Seminggu lepas Graduation, saya bawak Emak, Abah & family Kakak jumpa keluarga Raisa. Kita tunang hari tu tanpa sebarang publicity & paparazzi. Gambar pun tak ada. Dan benda paling classic yang saya akan ingat sampai tua, bila Abah cakap dengan bapak Raisa, “Terima kasih sudi terima anak saya. Dia ni tak kerja…” Mak ai. Tuhan je la yang tahu apa saya rasa time tu. Hahaha.

Dua minggu lepas kita tunang, Allah hantar rezeki yang mencurah-curah. Dalam 2 minggu tu saya dapat kumpul duit hantaran semuanya dari jual tudung. Bila Abah nampak orders yang bertimbun, “Wah? Ni semua orang order? Orang-orang ni gila ke apa?” Hahaha, saya mampu senyum & saya tahu deep down Abah yakin dengan apa yang saya buat. Dan dalam masa 6 bulan kita tunang tu, Allah cukupkan segala-galanya. Rezeki datang dari berbagai arah yang tak disangka.

Alhamdulillah, sekarang ni dah setahun lebih kita bernikah. There's still so much to learn. Tapi antara benda yang selalu terjadi & menjadi pengajaran untuk kita : Allah akan cukupkan segala keperluan kita. Yes, segalanya.


Older Post Newer Post