Inilah emak & abah saya. Ini gambar waktu saya masih bujang trang trang, boleh tahan la ye. Sedap mata memandang. Bila mula tercetus idea untuk jual tudung time masih sekolah dulu, emak sokong 400 percent. Kirakan idea itu diredhai seredha redhanya. Haha.
Abah pula, like any other fathers (i think) tak berapa nak ambil kisah sangat. Yang penting saya bukan nak jual dadah atau dvd cetak rompak.
Sokongan padu emak tu bukan setakat di bibir. Jiwa & raganya juga diberikan untuk saya teruskan idea jual tudung ni. Emak kadang ikut pergi ambil stock, jumpa tailor, checkkan quality tudung & sebagainya.
Paling saya tak minat buat QC check sampai tengah malam. Tapi mak selalu cakap, "Pis kasi abis je la ni, satu kali siap kan senang. Besok dah boleh pack. Bukan senang nak jadi senang." Part tu saya dah kalah point, so terpaksa diam & sengkang mata sampai malam nak check tudung punya pasal.
Bila saya dah mula jual tudung, sokongan emak makin membara. Abah pula, masih tak berapa nak konfiden. Dia agak was was tengok anak dia yang tak pergi cari kerja part time atau kerja apapun waktu masih sekolah tu.
"Pis, kau tak nak cari kerja biasa je ke?" Itu soalan yang saya tak tau macam mana nak elak bila ditanya Abah.
Bersambung...Selasa depan, inshaAllah.